Saturday, March 29, 2014

Bila Rindukan Seoul...

Sumpah lepas 2 minggu balik bercuti, hati dan fikiran masih di sana. Rindu makanan, rindu guesthouse, rindu subway, rindu cuaca dan paling penting rindu suasana kat sana. Mudah & teratur. Sungguh jatuh cinta. Hari hari belek gambar-gambar. Tak pernahlah rasa macam ni. Tapi tula, bukan banyak sangat pun negara yang tuan tanah dah pergi. Tapi kali ni betul betul jatuh sayang giteww. hohoho.

Kalau sesiapa dah biasa atau pernah pergi mesti tau benda ni kan? Punyalah rasa gembira bila jumpa ni kat Aeon Bukit Raja tadi. Tak pasti sama ada diorang akan jual selamanya ke atau during promo ni je. Lupa nak tanya tadi sebab excited sangat. 


Macam Pepero tu kan boleh dapat juga macam kat Langkawi, tapi takkan la tuan tanah nak beli tiket katebang semata nak makan pepero dengan harga RM17.90 kan? So hari ni tuan tanah dah beli dengan harga RM19.90 sekotak. Okla kan? Dari uols suruh tuan tanah pergi beli kat Seoul. Memang makan hati la macam tu. hihi. Kalau Milkis tu pulak dulu sempat la merasa dua kali sepanjang kat Seoul. Dia carbonated yogurt based drink. Sedap sungguh. Kalau 500ml harga dia RM3.50 tapi kalau 1.5liter RM7.90. Haruslah tuan tanah beli botol besar terus. 


Kebanyakan bloggers atau travellers yang pergi sana, mesti cuba susu pisang ni kan? Some say sedap gila sampai menusuk jantung dan terus tembus ke ruang angkasa cakerawala. Tu dia nak cerita punya sedap. Travelmate tuan tanah gemar sungguh. Tapi ni tak berapa ngamho dengan tuan tanah. Mungkin sebab Milkis tu dah menembus setiap ruang dalam hati. Tak lupa juga air kosong yang selalu diberi dikedai makan kat sana secara percuma. Lain macam nyamannya air dia. haha. Over sungguh penangan Seoul ni. 

Oh lupa, ada banyak lagi produk dari Korea yang tengah dipromosikan di Aeon Bukit Raja. Sampai chilis paste dan soybean paste pun ada. Kalau ada sesiapa nak mintak belikan boleh juga. Office tuan tanah dengan Aeon ni hanya sepelaung ja. Dont worry. I'm happy to help :) 

Selamat berhujung minggu semua.





Friday, March 28, 2014

Perbelanjaan di Jeju & Seoul

ok tuan tanah cuba ye. jangan terkejut. ni first time pergi negara yang ada banyak musim. Tuan tanah ke Incheon dari KLIA pada 5th March 2014 jam 11.35pm dan pulang ke Malaysia pada 14th March 2014 jam 11am (waktu Korea).

Berikut adalah expenses sepanjang berada di Jeju & Seoul untuk 2 orang.

MAS tix to Incheon  = RM2,674.00
Air Busan tix to Jeju = RM609.00
Taxi tour di Jeju untuk 2 hari = KRW270,000 @ RM855.90
T Money = KRW60,000 @ RM190
Entrance Fee (Jeju + Seoul) = KRW80,000 @ RM253.60
Nami Island trip (shuttle bus + ferry) = KRW42,000 @ RM133.14
Makan untuk 9 hari = KRW400,000 @ RM1268.00
Taxi = KRW160,000 @ RM507.20
Egg wifi = KRW60,0000 @ RM190.20
Guesthouse at Seoul (7days x krw60k) = KRW480,000 @ RM1521.60
Hotel at Jeju (1day) = RM169.00

Total = RM8,371.64 for 2 pax

***Kadar Tukaran masa tu KRW1000 = RM3.17***


Tapi nampak banyakkan? Tapi ada yang dah dibayar dulu sebelum sampai. Macam hotel, ticket flight ke Incheon & Jeju. Macam makan tu memang round up tu. Macam T Money tu isi berlebih lebih sampai siap guna untuk beli jajan kat convenient shop dorang. Lagi satu Taxi tu. Dari Gimpo Airport ke Guesthouse dalam KRW23,000 dan dari guesthouse ke Incheon Aiport KRW70,000. Selebihnya buat jalan2 kat sana. sebab bukan semua tempat boleh naik subway je. sebab jauh sgt nak jalan kaki dari subway. hehehe. Jangan risau. Insya Allah ok. Bagi tuan tanah, walaupun gaji tak banyak, Alhamdulillah dengan usaha gigih. dapat tuan tanah melangkah setapak lagi. At least dapat tengok negara orang. Jadi anda juga boleh! lefyewwww 




Thursday, March 27, 2014

MH370 KUL - BEIJING

Secara jujurnya, tuan tanah tak pandai nak komen topik ni. Peristiwa kehilangan MH370 terjadi semasa tuan tanah masih kat Seoul. Of course la tahu pasal ni dari media sosial. Apa je yang takde kat dalam media sosial kita zaman masa kini? Benda pertama dalam fikiran masa tu apa la datin kat rumah fikirkan. sah sah dia kalut sebab anak dia kat Seoul kan. Lagi lagi pergi balik naik katebang MAS. 
Ok berbalik pada topik itu. Banyak sungguh spekulasi kat media sosial. Mujur datin baca surat khabar dan tengok berita kat tv je. Cukuplah bagi tuan tanah. Takmau datin risau risau. Kot la lepas ni dia halang tuan tanah naik katebang lagi mcm mana? tak ke haru? Dalam kepala otak tuan tanah punyala banyak plan vacay. *hiks*

So pada 24 March, PM kita bukan press conference. Masa tu duk sibuk tengok Running Man ep 190. Gelak gelak macam nobody business kat dalam bilik sambil pakai foot mask peeling yang dibeli kat Seoul (saja promo hehehe) Alih alih tertengok whatsapp. Ada kawan copy paste statement yang disampaikan oleh PM kita. Speechless. Bulu roma kat tangan ni semua berdiri tegak. Pastu teriak. Sungguh. Even tak kenal. Sedih sangat. Teringat kat arwah abah. At least tuan tanah dapat peluk usap abah sebelum dikebumikan. Yang ni? Apa pun takda. Sebak sungguh tengok waris waris penumpang berpelukan, menangis dan ada juga yang sampai pengsan. Berat sungguh dugaan Allah turunkan kepada kita. Terutama kepada keluarga keluarga mangsa. 

Tak habis kat situ je. Timbul spekulasi yang seakan akan nak memecah belahkan kita. Sesama manusia secara amnya. Harap harap tiada apa yang serius lagi terjadi. Jangan keruhkan lagi keadaan yang memang sedia keruh. Jangan suka suka publish itu ini, jangan suka RT benda tak sahih. Jangan jadi batu api. Bacalah. Fahamkan sendiri. Tak perlu share kat facebook anda. Orang lain boleh google sendiri. Tuan tanah tengok sekarang memang macam trend orang berlumba lumba nak post pasal ni kat fb ke twitter ke. Budget up to date? Budget hebat? Jangan ye kawan kawan. Tak semestinya kita tak komen pasal ni, maknanya kita ni katak bawah tempurung atau tak sayangkan negara. Sebab sayanglah tuan tanah putuskan tak mahu jadi macam tu. Dan harap harap kerajaan kita akan ikhlas dan tabah menangani masalah ni. Kita doakan mereka agar menjadi pemimpin yang jujur & amanah. Doakan saja. Larat ke nanti nak merangkak cari diorang balik masa dialam sana nanti untuk minta maaf? 

Oleh itu Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, Kau ampunkanlah dosa dosa mereka. Kau berilah mereka ketengangan disampingMu Ya Allah. Ya Allah Ya Rahim, jauhkanlah mereka dari azab api neraka & Kau tempatkanlah mereka ke dalam syurgaMu Ya Allah. Amin. Al-Fatihah.

Tuesday, March 11, 2014

Tulisan ini dari Seoul, Korea

Alhamdulillah berjaya menjejakkan kaki ke bumi Seoul pada 6hb March 2014 yang lalu.
Nantilah akan cuba buat entry satu persatu. Tapi tuan tanah tak sehebat mana mana blogger tegar yang buat travelog. Tapi insya Allah tuan tanah cuba.

Nah untuk tatapan peminat tuan tanah.

Monday, February 17, 2014

65 tahun

Akhirnya ucu tewas.
Allah lebih sayangkan ucu.
Pada 15 Februari 2014 jam 7.05 malam, ucu menghembuskan nafas terakhir. Sewaktu itu arwah dikelilingi dengan anak, cucuk dan sedara mara yang kebetulan datang melawat.
Tapi kasihan Boy.
Dia tak berada disisi arwah ucu masa itu.
Mungkin Allah takdirkan begitu. Tak mahu Boy menanggung beban itu. Sewaktu nazak, Amy call Boy suruh datang cepat. Tanpa beritahu apa situasi sebenar.
Aku? Datang setelah ucu meninggal dunia. Aku lihat Boy menangis. Mata merah. Pipi penuh air mata. Aku nak menangis. Tapi aku kena tabah. Hari ini hari dia. Aku kena kuat untuk Boy. Lagi sedih bila 7 tahun yang lalu tarikh 15 Feb juga tarikh bapa Boy meninggal dunia.
Subhanallah
Takdir Allah
Kuasa Allah
Damailah arwah ucu disana. Tolong tengok tengokkan Abah ya.
Tak apa. Ela tak marah. Ucu rehat ye. Ela jaga Boy. Jangan risau.

Friday, February 14, 2014

Penyambung

Bila tengok balik hp, fb mahupun ig,
Banyak sungguh gambar Abah.
Bila rindu, boleh tengok.
Boleh tenung.

Jadi lepas ni aku takkan lupa.
Takkan lupa amik gambar Mak.
Kalau ada jodoh dan rezeki.
Nanti ada anak, aku nak tunjuk.
Macam mana rupa atok nenek dia.

Sebab sebenarnya aku yang takut.
Manala tahu aku hilang ingatan.
Sekurangnya aku ada simpan gambar.

Friday, February 07, 2014

Serabut

Ada macam macam dalam kepala ni.
Nak cerita pasal kenapa dia selalu kategori kasta rendah?
Nak cerita pasal rindu tahap langit ke tujuh kat Abah

Dan yang paling utama 
Nak cerita pasal kakak abah.
Sakit. Doktor dah suruh semua bersedia.
Dugaan apakah ini Ya Allah?
Arwah abah baru je 2 minggu.
Pedih hati ni belum baik lagi.
Sesak dada ni belum turun lagi.
Diuji lagi.  
Kasihanilah kami Ya Allah. 
Berikanlah kami kekuatan Ya Allah.
Permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah.

Ucu anak dia sorang. Anak tiri ramai.
Anak dia yang sorang tu, adik saudara kesayangan aku.
Baik budaknya. Boleh diharap. Sopan dengan orang tua.
Dia dah kehilangan bapa waktu umur dia 15 tahun.
Apa perasaan dia masa tu? 
Kalau nak bandingkan dengan aku sekarang?
Aku kasihankan dia. Sebab aku bandingkan nasib aku dengan dia.
Aku rasa aku sepuluh kali lagi beruntung dari dia.
Ampunkan aku Ya Allah. Tak bersyukur rupanya aku ni.
Kasihanilah adik aku Ya Allah.
Ujilah dia setakat yang dia mampu. 
Tangisan dia tu buat aku rasa nak jerit. nak pekik. 
Nak jerit mintak tolong. Tapi tak tahu pada sapa.

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

(YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan)


Wednesday, January 29, 2014

~22.03.1956 - 22.01.2014~

22.01.2014
Lebih kurang jam 11 malam,
Abah rebah disisi aku.
Di dalam kereta. Ya di dalam kereta.
Doktor sahkan Abah telah meninggal dunia.
Meninggalkan mak,
Meninggalkan anak & menantu,
Meninggalkan semua yang ada didunia ini.
Hati aku rasa pedih. Sesak nafas.
Tangan aku sejuk menggeletar.
Aku menangis semahunya.
Entah berapa banyak bahu aku pinjam.
Mengenangkan Mak, mengenangkan abang.
Yang paling banyak, mengenangkan abah.
Penat agaknya. Biarkan Abah berehat.
Kami redha. Walaupun sedih. Walaupun perit.
Insya Allah, Abah akan lebih tenang,
Tenang disisi Allah swt. Penciptanya.
Hanya doa yang mampu aku kirimkan.
Untuk Abah yang aku kasihi.
Hari ini genap 7 hari.
Masih lagi terngiang ngiang 3 malam terakhir.
3 malam terakhir aku bersama Abah.
Wahai Abah sayang, tenanglah Abah di sana,
Nantikan kami. Satu hari kita pasti akan bersama semula.
Al-Fatihah


Tuesday, January 21, 2014

Yang Paling Dalam

Pesakit dan penjaga
Sama sama sakit.
Semoga mereka semua tabah.
Semoga abah juga tabah.
Semoga mak di rumah juga tabah.
Dan moga hati aku juga tabah.

Subhanallah.

Saturday, January 18, 2014

Pertama untuk 2014

Abah tuan tanah admitted kat ward medical Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR). Hari ni dah hari ke 2. Setelah beberapa cubaan mengajak dengan cara lembut, sopan, garang, paksa akhirnya dia sendiri mahu diperiksa.

Secara jujurnya kami sekeluarga dah immune dengan suasana sini. Ramai. Padat. Sibuk. Bising. Kamu takkan dapat layanan tiptop kat sini. Tapi insya Allah dengan sedikit effort dari pihak keluarga, nurse dan doktor semua confirm pesakit akan dapat treatment yang terbaik.

Tapi kat sini tuan tanah belajar kehidupan. Orang kaya orang miskin semua ada kat sini. Sini orang hidup bermasyarakat. Tolong menolong. Tak kisahla kita ni kaum apa. Bangsa apa. Orang Malaysia ke bukan ke. Ada sebenarnya nilai nilai murni dalam hati semorang. Cuma kurang dipratikkan.

Dalam lubuk hati tuan tanah yang paling dalam, tuan tanah sebak sebab dalam umur lewat 20an ni tuan tanah masih tak mampu nak berikan hospitaliti yang baik untuk mak abah. Mereka dah masuk angka 60. Bila sebenarnya tuan tanah dapat beri kesenangan pada mereka. Tapi takpala. Takda wang ringgit. Tenaga kudrat ada lagi. Insya Allah selagi ada nyawa. Selagi ada kudrat. Tuan tanah akan terua berbakti pada mak dan abah. Merekala dunia, mereka jugala angkasa tuan tanah.

Thursday, January 16, 2014

Cuba Bayangkan

Hai. Bersiaran dari kantor. Waktu hampir menujukkan ke jam 1, lunch hour hampir tiba. Tuan tanah dah curi tulang sebentar. Maafkan saya bapak, daddy, colleagues semua. Saya sedang curi tulang.

Pagi ni bagai ribut kat rumah.
Seperti biasa sarapan & makan tengah hari
Semua tuan tanah siapkan untuk isi rumah
Bila ada "extra" kerja dari rutin harian
Tuan tanah jadi marah. Berapi.
Penat jangan cakaplah.
Bayangkan dulu mak abah kita
Besarkan kita.
Makan minum, pakaian
Mainan jangan cakap.
Macam mana mereka susun jadual mereka?
Tuan tanah cemburu.

Tuesday, January 07, 2014

Duo Ribu Ompek Bolaih

Baru tuan tanah perasan, hanya ada 1 entry sahaja untuk tahun 2013. maafkan tuan tanah. banyak juga tempat tuan tanah pergi & explore. tapi takda satu pun (kecuali Hai Peng Kopitiam) tuan tanah publish kat sini. gila selfish. 

Jadi untuk projek projek 2014, tuan tanah lebih mendekatkan diri dengan Couchsurfing & Tripadvisor. Tak lupa juga pada laman sesawang seperti Agoda. Terima kasih juga pada bloggers yang memang sekarang hari hari tuan tanah duk belek. macam stalker pun ada. pergi la tengok Skampung atau WanderlustDJ dan banyak lagi. Mereka ni antara bloggers yang gigih buat travelogue untuk simpanan peribadi & untuk pedoman orang orang newbie macam tuan tanah.

So duo ribu ompek bolaih ni tuan tanah akan cuba menghapdet segala mak nenek ceruk rantau & jenis makanan yang tuan tanah makan. Dah tiba masanya membalas budi kepada encik google. 

To Projek 2014, i will see you soon :)

Xoxo,
MakHela 

Monday, June 17, 2013

Hai Peng Kopitiam

Salam 2013. Last entry was on Dec 31st. So kira valid lah kalau wish uols salam tahun baru kan? 

Last weekend berkesempatan ke Kuantan untuk masa yang agak singkat. Google punya goole ni antara yang famous di Kuantan. Hai Peng Kopitiam. Ye benar. Originally yang kat Kemaman tu. Kalau uols cari kat gps mmg agak payah sbb gps duk point Kemaman Kopitiam. Mungkin sbb kawan tuan tanah pakai gps cap papa go. bukan garmin. *bakar line*

Kalau cakap pasal kopitiam, org gila je order air sirap. sila la cuba kopi ais dia. meletop! terasa roasted coffee tau. bak kata sarip, otentik gila! 





Roti Kahwin. Uols boleh pilih nak roti biasa atau bun. roti dibakar dan disapu kaya bersama mentega. dedua tuan tanah order. tamak tak tamak? In my humble opinion, tuan tanah lebih prefer yang bun bakar. bayangkan mentega dicampur dengan kaya yang manis manis buah disapu kat roti yang lembut, gebu. ok sekarang tuan tanah terliur. 

Kalau roti biasa tu bukan tak sedap, tapi definitely kena makan panas2 sbb bila dah sejuk akan jadi liat sikit. tambahan pulak roti ni agak tebal & besar. jadi hilang feel tu.



Bila sebut Hai Peng Kopitiam, Nasi Lemak Kari Ayam adalah antara signature mereka. Nasi lemak tu biasa je, cuba try kari itu. huiyooo terangkat beb! dengan selamba je makan tapayah sambal. makan je dengan kari ayam. 


Aha! ni adalah menu paling mantap dalam abad ini. serius. bapak segala signature. tak tipu. cubalah weh. untuk tuan tanah upload entry ni pun dah meleleh air liur teringatkan kesedapan laksa dia. Bare in mind, laksa ni terasa ikannya, dicampur dengan daun pudina. Hadoi. memang tangkap leleh. Laksa ni didatangkan dengan spageti ye. bukan laksa beras tu. jadi tak muak pun. 



Nampak kopi dia? jealous? hehe. cubalah. tak banyak kedai makan yang tuan tanah akan recommend. tapi kopitiam ni memang layak di recommend kan. Btw, kopi dia ada juga didatangkan dalam bentuk 3 in 1. tapi tak jamin la sesedap / seotentik yang tuan tanah minum. .



3 happy ladies. Setelah berpusing pusing di bandar Kuantan. Akhirnya jumpa & dapat makan. Ternyata berbaloi. Pada yang belum cuba, highly recommended!

Hai Peng Kopitiam
Jalan Haji Abdul Aziz,
Kuantan, Pahang

Remark: Berdepan dengan AmBank & Public Bank, Jalan Haji Abdul Aziz & Bersebelah dengan Cafe Jelita yang menjual famous Satay  Zul. 

Selamat mencuba!

Monday, December 31, 2012

So long 2012

This is it. The last day of 2012 has come. Obviously its not the end of the world yet. But surely we had ups & downs through out the year. Alhamdulillah we keep holding on.

Personally my 2012 was rough, hard, and bitter. But yes i enjoyed the journey that have made me stronger & grateful. Trust me you will never know your capabilities until you got no choice other than being stronger.

To my beloved datin, abah, siblings & my dear friends. I love you. Thank you for the shoulders that you have lent for me to cry on. Thank you for being a good listener & never ever given up on me. I feel blessed & loved.

So hello 2013. Treat us nicely. Then i will buy you cookies :)

God bless.

Wednesday, December 12, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Celaru

Ada banyak persoalan di dalam minda ni. Tak tahu nak mula dari mana. Tak pasti nak mula bagaimana. Lalu memilih untuk tidak bertanya. Penting ke persoalan dari seorang teman?

P/s: Semoga Allah merahmati semua umat Islam dimuka bumi ini. Ameen.

Tuesday, November 13, 2012

Keluh Kesah

Tak pernah satu hari pun tuan tanah tak bergaduh atau selisih faham dengan beliau.

Dan tak pernah satu hari pun tuan tanah tak ngadu atau ngeluh pasal beliau.

Dugaan maha hebat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Saturday, October 20, 2012

Harap - harap

Terlalu banyak dugaan. Semoga datin dan abah cepat sembuh.
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, August 16, 2012

Saya kecewa

Dah banyak kali tuan tanah cuba pujuk diri untuk bersabar. Demi mencari rezeki. Demi membina kerjaya. Demi mak abah. Demi untuk diri sendiri. Tapi rasanya kerjaya saya di sini dah sampai penghujungnya. Mungkin rezeki saya bukan di sini. Saya percaya, Allah takkan menduga tuan tanah lebih dari apa yang tuan tanah mampu.

Banyak sangat dugaan hidup tuan tanah hadapi tahun ni. Bukan nak merungut. Tapi ada kawan baik cakap, anggapla dugaan ni penghapus dosa dosa kita di masa silam. Sejuk hati dengar. Ada juga cakap, ada hikmah disebalik semua dugaan yang menimpa. Walau kadang kadang hampir tidak percaya, tuan tanah masih percaya pada qada' dan qadar. Insya Allah ada rezeki tuan tanah diluar sana. Insya Allah ada ganjaran yang Allah dah janjikan untuk tuan tanah. 

Tuan tanah redha. Walaupun keputusan agak kabur. Tapi mungkin ini yang terbaik. Terbaik untuk diri tuan tanah sendiri. Sedih. Cakap salah, tak cakap salah. Susah nak puaskan hati orang ni. Jadi biar tuan tanah beralah dan move on. I will let him win because all I can say now is AWAK TAK SIUMAN. 

Berhenti di sini. 

Wednesday, July 25, 2012

Raya oh Raya!

Salam Ramadhan buat semua. Hari ni dah hari ke 5 umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa. Ok je kan? Ala bukan tak biasa. Tahniah kepada perokok tegar kerana berjaya menahan sampaila maghrib. I bet it is not easy at all kan? Tapi yes you've made it!!

Sebut pasal ramadhan, mesti ingat raya. Baju raya dah tempah uols? Ke belom pk pun? Kalau yang saiz badan comel comel macam nora danish tu takpala. Buleh la beli yang readymade ja. Kalau macam tuan tanah ni? Ha ada mmg ada. Mmg pernah jumpa saiz. Tapi corak? Mak oiii. Baik jadi lap kaki. Ok kongaja.

So family tuan tanah punya baju raya semua dah siap. Hihi. Tinggai nak pakai ja. Asalnya tema taun ni hitam. But after all things happened. Datin rasa tanakla hitam. Takut tak ceria katanya. Jadi bertukar! Ke maroon dan merah. Mampoo uols?? Ikutkan je lah.

Mak mak ni kan, kita tgh sibuk benda lain, dia tetap nak sibuk sibuk pasal baju raya semua. Ikotkan hati mmg rasa panaihhhh ja. Sebab bagi kami adik badik. Ada benda lain nak kena jaga selain daripada baju raya. We didn't even think about raya. Tapi yela, agaknya datin guna benda benda ni as her escapism. Alasan utk tidak memikirkan benda benda yang lebih memenatkan otak dia.

Biarkan. Tengokkan je. Stress? Tipula kalau kata tak. Stress tu lebih meningkat sejak dua menjak ni. Takpa. Pahala itu ada untuk tuan tanah nanti. Insya Allah. Allah itu maha adil. Dan maha mengetahui. Semoga Allah dengar doa tuan tanah dan makbulkan segala permintaan tuan tanah. Amin.

Selamat berpuasa :)

Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, July 13, 2012

Day 5

Harini dah masuk hari kelima abah admitted kat wad ortho. Infections kat luka dikaki abah nampak macam makin teruk. Specialists cakap dah sampai ke tulang and we have been adviced to proceed with below knee amputation (BKA)

Bukan senang nak buat keputusan ni. Banyak perkara yang harus dipertimbangkan sebelum bersetukj melakukan BKA. Macam mana abah nanti? Emosi dia, fizikal dia. Macam mana pula dia dan mak nanti. Emosi kami sekeluarga pula macam mana? Macam mana kita nak teruskan kehidupan ni? Banyak sangat persoalan. Jujur aku takut. Takut abah tak kuat, takut kami pula tak ada kesabaran yang tinggi.

Bukan tidak mahu mencuba alternatif lain, tapi it will takes time. Kuman takkan berhenti. Dan apabila ia merebak ke dalam darah terus ke jantung, masa tu dah tak berbaloi. Jadi yes, abah setuju, kami juga setuju untuk abah buat BKA.

Tak pernah bayangkan perkara ni akan terjadi pada keluarga aku. Nangis? Meraung? Kalaula boleh lenyapkan atau kurangkan beban yang abah tanggung, setiap masa akan aku buat.

Jadi ketika entry ini dibuat abah sedang berpuasa sejak jam 12 tgh malam tadi sebagai persediaan menjalani pembedahan tersebut. Paling kami sebakkan bila malam tadi ketika mak dan aku nak balik, dia nangis suruh jangan tinggalkan dia. Ya Allah, sebak sungguh.

Untuk abah tersayang, untuk masa ni adik tak dapat beri abah harta kemewahan. Hanya doa, kudrat dan kasih sayang yang adik boleh berikan selagi hayat dikandung badan.

KepadaMu Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, Kau ringankanlah beban yang mereka tanggung selama ini dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani aku semasa kecik. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, July 02, 2012

Night Shift @ HTAR

02:08am

Busy night. 2 patient duk ngerang sakit. Satu depan abah, satu belakang abah. Great.
Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, June 27, 2012

Saya punya Abah

Selepas abah discharged dari wad 8A selasa lalu, tugas tuan tanah ialah membawa abah ke klinik setiao petang sebab abah tak berapa larat nak bawa kereta ke klinik kesihatan, pandamaran. Seperti biasa pulang je dari kerja pd jumaat petang, tuan tanah bawa ke klinik. Macam lambat je dia nak kuar umah. Lepas tu tuan tanah parking sebelah klinik.

Baru jala sikit abah duk suruh amik wheelchair. Katanya tak lalu. Lepas tolak dia masuk untunk jumpa doc, dia kena baring atas katil mcm biasa. Masa ni nafas dia mcm mengah. Kejap nak duduk, kejap nak baring. Serba tak kena sampai doktor tak jd cuci luka kat kaki terus check sugar level. 12. Tinggi. Tak terlalu tinggi. Tak rendah. Doktor cuba nak amik tekanan darah dan denyutan nadi abah. Sampai tukar mesin tu 4 kali. Masa tu abah nampak mengah, lemah dan macam hampir hampir nak tertidur gayanya. Doktor terus suruh tuan tanah bawa abah ke wad emergency. Oleh kerana tenaga kudrat yang ada sangat terhad, seorang lg doktor syorkan pihak klinik menelefon ambulance untuk bawa abah ke hospital. Masa tu rasa nak pecah dada ni. Mengharungi seorang diri. Nak menangis? Depan abah? takkan. Kalo kita tak kuat, macam mana abah yang lemah ni nak kuat.

Bila doktor dan pekerja sana dapat pegang abah kejap, tuan tanah call abang. Tahan air mata. Beritahu yang ambulance dah on the way amik abah. Masa tu duk kenang, kami sepatutnya nak g makan satu kuarga lepas abah cuci kaki. 5min lepas tu ambulance datang. Amy pun datang bersama kak yany dan mak. Nampak je mereka, air mata tuan tanah dah takleh bendung. Duk pk apa kena dengan abah, apa mak rasa, kenapa doktor kata "hes not looking good. Awak kena janji dgn saya yang awk kena bawa abah awak ke hospital"

Sampai je di emergency room abah dikejarkan ke zon merah. Zon kritikal. Kami satu kuarga tunggu. Hati? Bukan takat dup dap lagi. Dah macam baru lepas lari 40k meter kot. Datang org memanggil nama abah. Disuruh tuan tanah masuk. Nampak abah lemah. Wayar sana sini. Tepi leher abah dah kena tebuk untuk masukkan tiub. Abah pandang je kat tuan tanah tapi lemah. Doktor tanya tentang abah serba sedikit. Terus suruh tunggu diluar semula. 10min lepas tu nurse minta daftarkan wad abah. Sementara tuan tanah settle kan hal pendaftaran, doktor dah beritahu amy tentang keadaan abah. Katanya kandungan garam dalam badan abah sangat tinggi due to kidney failure dan heart problem. Tu sebab badan abah macam bengkak dan susah bernafas. Abah hanya ada peluang 50-50 je. Doc juga beri abah sedatif sebab duk cuba melawan masa treatment dibuat. Masa amy cakap ni. Ya Allah, hati ni hancur sangat. Menangis. Sedu sedan duk tengok mak dalam bilik menunggu. Mujur ada kawan kawan yang tak putus bagi kata kata semangat. Doktor juga datang inform dah boleh call saudara mara adik beradik abah, lagi la kami sekeluarga sedih. Dah takde rasa malu dah nak menangis d tengah orang ramai. Hati mana tak sebak bila doktor kata abah sendiri cuma ada peluang 50-50 chance je. Mak dah suruh call semua adik beradik abah. Sedu sedan call. Sedu sedan jugak call kawan kawan mengharapkan kata kata semangat.

Selepas beberapa jam doc panggil kata abah lebih stabil dari condition sebelum ni. Jadi abah akan dibawa naik ke wad. Alhamdulillah. Lega rasa dihati. Bila naik atas abah masih dalam keadaan mamai sikit. Dia kata dia nak buang air. Nak pergi toilet tapi nurse tak beri dia jejak lantai pun. Kami adik badik dibantu 2 org sepupu tolong papah abah sbb katanya susah nak buang air baring. Berat badan abah. Mmg lemah. Malam tu amy jaga. Tapi doktor wad tetap suruh kami sign borang mengatakan kami paham situasi abah yang critical dan bila bila masa je bole jadi pape. Sedih jangan cerita. Duk buat kuat demi mak. Walaupun setiap kali sebelum tidur nangis kenangkan abah. Tuan tanah hanya mahu yang terbaik untuk beliau. Mengharapkan abah akan melawan penyakit yang ada selagi terdaya. Tapi sayu duk tengok abah penuh dgn wayar. Lemah. Kesian abah. Tambahan pula doktor kata kuman dah merebak ke dalam darah abah. Jadi mereka tak tahu sejauh mana kuman dah masuk. Mereka hanya bole beri antibiotik sahaja kerana masalah buah pinggang abah.

Tapi alhamdulillah ketika entry ni dibuat abah tak perlu bantuan oksigen lagi. Kandungan sel darah merah juga mencukupi setelah 2 beg darah dimasukkan ke dalam badan, tiada lagi bantuan ubat untuk menaikkan tekanan darah abah yang rendah tu. yang tinggal hanya ubat melawaskan kencing untuk mengeluarkan air air yang berlebihan dalam badan abah. Syukur ke hadrat Allah swt. Doa tuan tanah dimakbulkan Allah. Mungkin Allah tengah menguji kami sekeluarga. Mungkin Allah sedang memberi tuan tanah peluang berbakti kepada ibu dan bapa tuan tanah. Alhamdulillah Ya Allah atas peluang yang diberikan. Insya Allah akan diguna sebaik mungkin.

Di sini juga ingin sekali tuan tanah berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan abah tuan tanah, semua kata kata semangat, semua jasa baik anda semua yang telah melapangkan masa melawat abah dan sekaligus mententeramkan hati tuan tanah. Segala jasa baik anda semua tak dapat tuan tanah balas. Hanya kesetiaan dalam bersahabat saja yang boleh tuan tanah berikan. Sungguh ini antara episod paling sedih dalam hidup tuan tanah. Takut rasanya. Kehilangan orang yang tersayang. Duit boleh cari, tapi mak ayah ni ada satu je dalam dunia. Memang tak ada orang lain yang layak menggantikan tempat mereka. Berdoalah tuan tanah ke atas kesejahteraan ibu bapa tuan tanah, diberi kesihatan yang baik dan Allah ampunkan dosa kedua ibu bapa tuan tanah. Amin Ya Rabbal Aalamin.

Saturday, June 16, 2012

Maciam maciam

Baru 4 hari abah tuan tanah kat wad 8A, macam macam perangai orang ada. Serius tak tipu. Selalu abah masuk wad ortho je. Ni kena admit wad medic. Macam macam. Dari yang kejap kejap lupa, yang memang tak waras, yang meraung sakit sebab sapu minyak panas, yang duk kendong telepon umah kaler merah ke hulu ke hilir pun ada. Meh la datang lawat abah tuan tanah.

Tapi tu la. Kesian pun ada. Kalo nak banding dengan sakit abah tuan tanah dengan depa, syukur Ya Allah. Masih waras dan ada la sikit kudrat (yg kdg2 duk simpan). Pastu kan, ada yang tidur bunyi predator pun ada. Mampo?? Belom lagi yang anak pesakit ala ala kumpulan fourteen. Siap bawak clutch beg hermes. Haha! Sumpah lawak.

Lagi satu nak bitau. Cik gad. Slalu lebih sudu dari kuah. Over nak mamp. Halau sana. Pertikai sister pun ada. Duk halau orang kuar tapi kat pintu berduyun rombongan cik kiah yang diberi masuk oleh cikgad di bawah. Hihi. Comey ngatttt.

Jadi, meh la datang wey
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, June 15, 2012

Abah

Abah admitted lagi. Allah tak putus-putus menduga tuan tanah sekeluarga. Tuan tanah yakin Allah takkan duga kami kalau kami tak mampu. Jangan berhenti berdoa. Ingat pada yang Esa. Semoga abah cepat sembuh. Amin
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, May 29, 2012

Mayday mayday!

                                             Anxious gila :(

Monday, May 28, 2012

Calonnya mana?

Weekend haritu tuan tanah telah menghadiri kursus pra perkahwinan anjuran Bahagian Undang Undang, Jabatan Agama Islam Selangor di Bangunan Sultan Idris Shah. Pada yang nak tanya "eh dah nak kawin? eh dah ada bau bau nasi minyak?" Tuan tanah mampu amin kan je doa doa uols. Sebenarnya pun ter-join kawan pergi. Jumaat malam tu nak tidur dada ni dup dap dup dap dok memikiorkan apala akan jadi masa kursus ni.

So Sabtu telah muncul memang rasa nak balik ja. Resah! Tapi sangkaanku meleset. Bagai nak rak ketawa dengan kekelakaran penceramah penceramah yang ada. Sungguhla kelakar. Tak sangka depa ni pelawak juga. 
                                    

Satu lagi nak puji tang makanan. Hoi maha sedap! Bayangkan tengah hari makan lauk masak lemak cili padi ikan masin + nenas. HOIHOI sedap HOI! 

Hari kedua juga sama. Cuma tuan tanah duk depan sekali hoi! Semua pun masih kelakar. Mula mula je introduction muka nak serious. Tuan tanah dah stenbai gula-gula, asam boi bagai takut takut bosan atau mengantuk. Naik sakit rahang ni duk gelak ja. Pandai depa panggil penceramah yang bertauliah dan menarik agar kami tak bosan. Ni kena beri pujian. 

                                      

                                          

Paling penting kat sini, tuan tanah bangga menghadiri kursus ni. Rupanya macam-macam yang tuan tanah rasa dah tau, rupanya salah. Jadi ada banyak benda tuan tanah baru tau, baru belajar dan insya Allah akan simpan dalam kepala hotak ni buat pedoman hidup. Walaupun depa duk wish Selamat Pengantin Baru kat semua, tuan tanah terima kasih je. Padahal calon pun belom ada. Sila carikan ye. 

So dengan rasminya, tuan tanah dah ada sijil Kursus Pra-Perkahwinan. Ia boleh digunapakai tanpa expiry date. Tinggal nak cari calon ja ni. Bolehla isi form ye kawan kawan. haha. 

                                        

Kepada sesiapa yang berminat, boleh layari laman web JAIS




Thursday, May 24, 2012

Help!


Currently unmotivated in work environment 


Caused me carelessness :(
I need help!

Aset

Menjadi milik saya bermula dari 21.05.12
Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, May 19, 2012

Terbodoh bodoh

Pernah tak korang tegur seseorang yang dah lama tak jumpa satgi dia buat bodoh dan ignore korang? Or pandang secara kerek macam nak tanya "eh lu sapa ni?"

Padahal korang pernah satu geng dengan dia masa zaman sekolah. Bila masa berlalu semua ambil jalan masing-masing tapi masih keep in touch dalam laman sosial muka buku.

Tiba-tiba hari ni tuan tanah terbodoh bodoh selepas mencuba menegur kawan yang dah lama tak jumpa. Sifat kereknya tu sampai sekarang tuan tanah tak tahu kenapa. Seakan tuan tanah ni jijik sangat dimata dia.

Kenapa eh? Sebab taraf hidup? Sebab level of education? Atau pape sebab lain. Beritahulah. Saya mungkin belajar sampai universiti, perangai lama masih ada tapi disuai padankan dengan zaman kini. Jadi salah ke untuk seseorang berusaha untuk jadi yang lebih baik?

Kecik hati saya hari ni
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, May 18, 2012

His 29th

Selamat Hari Jadi untuk satu satunya abang yang tuan tanah ada dan merangkap satu satunya adik beradik yang tuan tanah ada. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak dan suami yang soleh serta Allah merahmati kehidupan dia.

As much as ko selalu sakitkan hati aku, menyuruh itu ini, kekwat dan sentap semacam, aku tetap sayang ko selagi hayat dikandung badan.
Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, May 14, 2012

Kalah Dengan Jiran

Kepada sesiapa peminat EPL. Ye tepat sekali Manchester City telah menang pada saat akhir menentang QPR. Dengan selambanya membunuh impian SETIAP penyokong tegar Manchester United. Rasa nak pecah dada ni bila melihat perlawanan antara MC dan QPR pada 5 minit masa kecederaan itu. Bermula dengan MC mendahului dan QPR mengejar dan mendahului MC walaupun hanya 10 pemain ketika itu. (thanks Barton!!!) Disaat perlawanan ini berlangsung, team kegemaran tuan tanah iaitu Manchester United juga berhadapan dengan Sunderland di stadium lawan. MU menang dengan jaringan oleh Rooney. Untuk 30minit terakhir MU sudah ada bau bau trofi dan dirampas dengan paling kejam disaat akhir oleh jiran. WATAFAK sungguh. But this is the beauty of football. Unpredictable. And I bet those who were not watching both or either game akan rasa termanggu manggu sampai la season EURO plak start. Sebab topic ini akan ke udara agak agak dalam seminggu dua? 

But as a kipas susah mati MU, Im proud of them. Chin up lads. We will do better next time. Haters are gonna hate. Let them be. Coz they are not even a MC's fans also. So dear neigbour, congratulations. After 44 years. You should be proud. We'll see in the next season. Definitely. Liverpool apa kabar eh? *tangan dibahu mata ke atas*

p/s: If your boyfriend is a Man Utd's fan, cheer him up. But if your boyfriend is Man City's fan, he is probably new to football ^o^

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu

Ada apa dengan Hari Ibu sampai satu keluarga bertikam lidah dan bermasam muka? Jawapannya ada dirumah saya. Haih.
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, May 10, 2012

Bandung yaw!

Setelah 5 hari 4 malam di Bandung pada Mac lalu, banyak juga kain pasang & tudung yang tuan tanah beli. Nak gi factory outlet bukan tak best tapi TAKDE SIZE yela. Jadi balik je kotarayaku je, aku rasa "eiiii mahal nya. Sana murah je".

Perasaan ni telah membuat aku membuak buak mahu ke Bandung lagi. Akan tuan tanah borong selagi duit tak abes! Takat bawal kosong tu. Murah gila! Ok jom sapa nak join?
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, May 04, 2012

Sahabat

Sahabat itu pada mulanya ialah seseorang yang tidak kita kenali.

Bermula dengan mukadimah. Berbicara, bertukar pandangan dan idea, bergelak ketawa juga bersama.

Jika pandangan dan gaya hidup agak serasi, maka dari sahabat bertukar menjadi sahabat karib.

Walaupun jauh dimata tapi tetap dihati. Akan cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk bertanya khabar.

Dan pertalian itu akan diuji apabila antara mereka dalam kesusahan mahupun kesenangan.

Di sini kita boleh lihat, seburuk buruk orang luar berkata tentang sahabat kita, sahabat itu tetap berada disisi/dihati walaupun dalam kejauhan.

Itu maknanya sahabat. Terima kasih wahai sahabat sahabatku yang sentiasa disampingku. Memberi sokongan, pandangan dan sudi menjadi tempat aku mengadu dan bersandar.

Jika satu hari terjadi sesuatu yang membuatku hilang pertimbangan, mohon jangan sisihkan aku. Pimpinlah aku, ajarla aku untuk sentiasa kedepan tanpa menoleh kebelakang.
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, April 19, 2012

Harapan

Ya Allah, Kau panjangkanlah umur mak dan abah ku, Kau berikanlah mereka kesihatan yang baik. Ya Allah Ya Rahim, Kau ampunkanlah dosa dosa merek, Kau berkati dan rahmatilah kehidupan mereka. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani aku semasa kecil. Ya Allah aku bermohon kepada Mu, Kau terangilah hati dan fikiran mereka, Kau tetapkanlah iman mereka Ya Allah. Amin.
Sent via BlackBerry from Maxis

27 Tahun



Genap 27 tahun pada 18 April 2012. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk berusaha menjadi lebih baik dan dapat berbakti kepada mak dan abah. Semoga kehidupan saya dirahmati Allah SWT, menjadi anak yang solehah & berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Terima kasih juga yang sudi buat surprise bday partay untuk saya. Sudi memenuhi segala wishlist saya. hihi. Paling penting thanks sebab sudi pinjamkan telinga, pinjamkan bahu untuk saya dikala saya betul betul kecewa dengan hidup saya.Thanks korang. Sayang korang sampai mati.

Wednesday, April 11, 2012

Alhamdulillah

Setelah 18 hari mengharungi segala rintangan yang mendatang, Alhamdulillah abah dah boleh discharge dari hospital hari ni. Moga-moga abah cepat sembuh. Dan akan bermulalah episod dirumah kembali. Semoga semua berjalan lancar. Terima kasih kawan-kawan dan saudara mara atas pertolongan dan doa kamu semua. Tak dapat saya balas jasa baik anda. Saya akan kenang sampai bila-bila. Terima kasih mimimemo. Sudi sama-sama jaga abah, jaga mak, jaga keluarga saya. Terima kasih :) saya saaaaaaaaaayang awak :')
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, March 22, 2012

56 Tahun

Dah 56 tahun umur abah hari ni. Yep. 22.03.12. Ulangtahun kelahiran abah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan merasakan kasih sayang dari seorang bapa dan masih ada peluang menjaga serta berbakti kepada insan tersebut. Dah 26 tahun umurku. Sudah 26 tahun juga beliau menjagaku. Tanpa kenal erti penat dan putus asa. Tapi kali ini, tahun ini dan ketika ini. Beliau seakan berputus asa. Beliau seperti sudah penat untuk berjuang bagi meneruskan hidup. Bohong kalau kata tak sebak bila lihat beliau lemah longlai. Abah dulu seorang yang kuat dan rajin. Tapi kini dah tewas dimakan usia dan penyakit. Ya Allah bermohon kepadaMu agar Kau panjangkanlah umur ayahku, Kau sembuhkanlah penyakit ayahku dan Kau berikanla ayahku kesihatan yang baik. Berilah aku peluang berbakti kepadanya Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah, makbulkanlah doa aku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lebih mengerti segala-galanya. Amin Ya Rabbal Aalamin
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, March 20, 2012

Saya mahu..

1. Laptop
2. BB Bold 5
3. Hangbag warna hitam
4. Luggage
5. Camera
6. Perfume Acqua di Gio
7. Starbucks Tumbler
8. Makan Fatty Crab
9. Makan rainbow kek afzan buat
10. Mak abah saya sihat

Ini wishlist saya sempena ulangtahun saya tidak lama lagi
Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, February 26, 2012

Kalaulah..

Berat mata mata memandang, berat lagi bahu aku yang memikul sorang sorang. Biarlah orang nak kata apa. Aku bukan orang yang penyabar, aku pemarah. Tapi aku sayang diorang. Sayang sangat sangat. Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa diorang. Kalau orang tanya, aku lebih rapat dengan sapa, aku jawab dua dua. Aku sentiasa ada untuk diorang walaupun dalam situasi yang tak masuk akal sekalipun.

Tanyalah pada rakan rakan lain sapa yang paling berat bahu memikul? Akulah orang itu. Seorang hamba Allah yang mencuba meneruskan hidup bersama mak abah yang tercinta. Tapi aku manusia biasa. Kadang kadang tertinggi suara, terhempas pintu, termarah mak abah sendiri. Sebab aku rasa kecewa. Aku rasa beban yang aku pikul sorang sorang padahal aku bukan anak tunggal. Mungkin diorang pun tanak mengharap pada yang tak sudi. Jadi aku sajala tempat mereka.

Aku merungut sambil buat apa apa permintaan mereka. Tapi dalam hati kadang kadang bertanya, kalaula Allah cabut nyawa aku dulu. Bagaimana mak abah aku? Tapi aku tanak diorang pergi dulu dari aku. Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mereka. Aku cuma mahu mereka lebih berdikari jaga diri mereka sendiri sebab aku tak mampu jaga mereka 24jam.

Sungguh aku tak mampu. Kadang kadang datang anasir jahat dekat minda kata kalaula aku kahwin, boleh aku kuar dari rumah. Tapi bila sampai waktu itu sampaikah hati aku meninggalkan mereka? Tolak tepi rasa layanan tidak adil antara aku adik beradik, aku tetap sayang mak abah tanpa berbelah bagi. Jadi Ya Allah Ya Rahim, aku berdoa kepada Mu, Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran untuk menempuh segala dugaan yang Engkau turunkan kepadaku. Amin.
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, December 20, 2011

Ombak Rindu 2.0

Assalamualaikum & Hello!! *ala ala Guru Besar bagi ucapan masa perhimpunan* Apa kabar semua? Heharap semua baik. Ni tuan tanah nak tanya, alang alang dah nak masuk 2012 tercapai ke azam 2011 uols? Ke sekerat jalan? Ke sekadar angan tak sudah macam lagu Jay-Jay tu? Tuan tanah takde azam selain nak turunkan jisim badan. Haritu berjayalah turunkan sebanyak 13.6kg. Ye uols. Tak caya? Sila gi jumpa doktor tuan tanah. Dia recordkan jisim keringanan tuan tanah dalam masa 3 bulan. Masuk je Ramadhan, memang nan hado uols. haha.

Btw, uols dah tengok filem Ombak Rindu? Ala filem yang diadaptasi dari novel tulisan daripada Fauziah Ashari. Dulu tuan tanah ada la baca sekali dua. Sedih memang sedih. Duk membayangkan Izzah tu kena seksa dengan si Haris kan? So, tuan tanah dah gi tengok filem tu kat GSC Queensbay Mall uols. Tudiaaa jauh tuan tanah gi tengok kan. hihi. Cerita was nice. Takla superbly nice, but yes I cried kat certain scenes.

So Jumaat lepas tetiba waktu lunch hour ternampak la tweet dari @RealFafau aka Fara Fauzana. Ala DJ HotFM tu. Kenai dak mengkomer ni? Haha. Dia tweet siapa nak join dia tengok Ombak Rindu malam ni jam 9 sila email kepada dia. Hah sepantas kilat tuan tanah email. Dan juga besfren tuan tanah.



Jadi special thanks tu Fara Fauzana sebab beri kami opportunity untuk menonton filem ini untuk kali ke 2 untuk tuan tanah. Dan kali ke 3 untuk besfwen tuan tanah :D Yang

Yang paling kelakar, lepas parking kereta ada la seorang perempuan yang tegur kat tepi kereta tanya "nak pergi tengok Ombak Rindu ke?" kami pun terus jadi geng lepas tu. Lepas tu dia tanya lagi "You all dapat tiket dari siapa eh?" aikkk??? ada orang lain ke selain Fafau? Sekali dia jawab "I dapat dari Fazura. Malam ni ada Fazura, Fafau dengan Maya Karin tau" Kami berdua apa lagi? Terus terbeliak biji mata. This crazy idea untuk pegi tengok movie dengan retis jadi lebih menarik uols!! Haha.

Dalam pada tunggu punya tunggu, ramai gak la yang muka konpius di sekitar cathay cineleisure ni. Yela, satu email dapat 1 tix je uols. So mmg ada yang berdiri keseorangan je. Dalam 9.30pm terjumpa la ketiga-tiga wanita gorgeous ni. Sungguh gorgeous. Tak tipu.



Terutamanya yang ini. Korang mesti makan hati tengok tuan tanah kan? She is very friendly, superbly gorgeous dan sangat la down to earth. Ada la dekat 5-6 kali tuan tanah amik gambar dengan Fazura ni. Serious jatuh chenta!

And uols nak tau, masa dalam wayang tu bukan semua khusyuk tengok. Duk sibuk nengok reaksi Maya Karin nengok diri sendiri berlakon. Dan seriously dia mcm takde perasaan. haha.


Perkenalkan, di tengah itu la kawan baru kami. Glad to know her :) at least kami bertiga tak la tercongok keseorangan kan? hihi. Tapi memang boleh masuk la buat lawak bagai :)


Weols? Seperti biasa. nak juga posing2 artis. hihi. Belakang tu orang duk sibuk kerumun artis. Tapi kami tetap maintain nak amik gambar bersama.


Ni la satu satunya gambar kami berdua bersama 3 gorgeous lady. Cukuplah. Jumpa in person lebih menarik kot!


So ni la watak utama dalam filem tu. Izzah aka Maya Karin. Friendly, gorgeous of course dan sporting.



Sempat juga la berkenalan dengan mamat ni. go and add him at twitter @rayyanharies. he usually will follow up any events yang dia akan cover fazura.

Im just glad to attend this movie day out with them and paling penting dengan my partner in crime. Had so much fun!

But overall untuk movie ni, diharapkan tiada teater ombak rindu atau pun tiada drama ombak rindu ye. Kamon la produser, get a life. make your own masterpiece la. Semua dok pk bila filem meletop pastu nak jadikan drama la, teater la. So here im saying my opinion. JANGAN ADA OMBAK RINDU THE MUSICAL, DRAMA OMBAK RINDU ye produser sayang semua :)




Saturday, December 03, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda

Jangan dicabar semangat Malaya,
Jika tersentap minta maaf segera,
Khairul Fahmi idaman Malaya,
Bersama yang lain mengharumkan negara.

Bermain bagai menyabung nyawa,
Disertakan kenderaan kebal barracuda,
Harimau Muda kebanggaan semua,
Shhh tolonglah senyap ye Garuda Muda.

Tahniah Harimau Muda! Xoxo.
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, November 15, 2011

Si pemula langkah

Last Saturday, went to a good friend of mine punya wedding. GBS pertama yang menamatkan zaman bujang. Tak lain tak bukan Bos!! ok nama betul dia Eilyas. Tapi oleh kerana dia slalu jd bapak kitorang agar tak lupa diri, kami panggil dia bos. hihi. Majlis nikah pada 11.11.11 itu tidak dapat kami hadirkan diri tapi Sabtu nya kami balas dendam!!


sama cantik sama padan. Tahniah Eilyas & Yana. Semoga berbahagia hingga ujung nyawa :)

Both above pictures were taken by Kd. Btw, thanks Nadya for satay kajang :)

Thursday, November 10, 2011

Time the Healer

At the end of the day,
Time will heal the pain
Time will heal me,
So I'm gonna take my time,
To wash away the sorrow.
But there's just too much
the time cannot erase.

Monday, October 17, 2011

Eh! Abang dah kawen?

Hi uols. Lama betul tak update kat sini. Sihat semua? Sejak dua menjak ni tuan tanah agak bizi tambah dengan virus kemalasan tahap melampau dah mengakibatkan agak bersarang laman sesawang tuan tanah ni. Tapi takpe la, fesbuk ada. Uols add je keh. Confirm! tuan tanah approve punya :)

Merujuk kepada tajuk di atas, 1 Oktober 2011 merupakan tarikh istimewa untuk tuan tanah sekeluarga. My only sibling got married uols. Officially tuan tanah dah ada kakak hipar lah. Kakak hipar saya orang Melaka ye. *future: makan asam pedas selalu*

Kat Melaka kami duduk kat homestay. Belakang King's Hotel. Kalau uols pasan la kewujudan King's Hotel depan Pantai Medical Centre. Recommended uols. 3 air conditioned rooms, 2 bathrooms punya rumah dengan hanya harga RM200 semalam. Kami duduk 2 rumah. Ater ramai uols. Mana mahunya semua nak sumbat kan?


Dengan sekali lafaz, mereka sah menjadi suami isteri. Tapi masa tu kan, tuan tanah terfikir. Selama ni semua orang duk sibuk setiap kali akad nikah, bape kali si pengantin lelaki melafazkan akad tu. Kalau sekali kononnya *fuhhh gila kentang* tapi kalau lebih dari 3 kali *perghh betul nebes dia nih* belum lagi campur jurunikah/wali yang tershashul nebes lebey dari pengantin kan. Tapi uols perasan tak. Tak kisahla bape kali pun dia lafaz, bila dah sah je, sekelip mata tanggungjawab ibu bapa pengantin perempuan terhadap anaknya akan disandarkan kepada menantu lelaki itu. They have done their responsibility. Sekelip mata si lelaki itu ada tanggungjawab yang lebih berat dari tanggungjawab memastikan kereta dia sentiasa nampak cantik *ok tade kena mengena*

But honestly, tuan tanah sedar yang lafaz ijab kabul itu adalah sangat agung dan disertai dengan tanggungjawab yang menuntut sang suami mengemudikan bahtera keluarga baru mereka dengan baik. Berat tanggungjawab tu. Jadi doakanlah lelaki lelaki dimuka bumi ini lebih matang dan bertanggungjawab. Terutama adik badik, saudara mara kita.


Ok tanakla cerita apa tuan tanah rasa. Berbalik kepada tajuk di atas, malam berinai tu menyaksikan abang tuan tanah pakai jubah uols. mampoo? Tengok plak atas kepala kakak hipar tuan tanah. Lupa nak tanya agak agak bape kilo berat benda alah tu. Ada tak sekampit berat? Memang naya kena pakai cmtu uols.


Pada hari persandingan pula ada 2 pasang pengantin uols. Minggu terakhir bulan September aritu adik lelaki kakak hipar tuan tanah pun nikah. Jadi sekali la majlis menyambut menantunya. Pasan tak. Contra sangat. Sepasang kecik comey. Sepasang kembang comey. hiks. Amy jangan marah. Nanti sembah ratu okeh.


Tapi dalam banyak banyak benda nak share, tuan tanah nak share berita bahawasanya abang tuan tanah MAKAN NASI masa makan beradab dia uols. haha lawak okeh. Pada yang tak tahu, abang tuan tanah tak pnah makan nasi dari kecik. Risau gak nengok dia makan. Kot menggelupur kejung ke, muntah kedarah ke. Rupanya sihat walafiat je makan. CIS! Lepas ni ko makan nasi je tau bami. Ko jangan nak macam macam. hihi.

Pape pun, Tahniah kepada abang kesayangan tuan tanah. Semoga berbahagia sampai ke syurga bersama Kak Yany ye. Sila bertanggungjawab sket. Bank in kan elaun sara hidup pada adikmu ini. Bai.

Monday, August 29, 2011

Berakhirnya Ramadhan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

Dari Kami Sekeluarga


Hati-hati di jalan raya. Semoga berbahagia disamping keluarga tercinta. Makan tu biar berpada ye :D

Monday, August 22, 2011

Do you have to?

Do you have to make other person feel terrible just to accomodate your own feelings? Tell me bout it. I felt great this morning. Raya is coming soon even I'm still having unknown caused diarrhea. I assumed that you had a rough morning. Maybe due to bad traffics or maybe couldn't make it for sahur. But hey, deep inside my feeling tells me that YOU ARE DOING THIS PURPOSELY BECAUSE YOUR LIFE IS FULL OF DRAMAS! Fullstop.


Sadly, not everyone surrounds you interested on your daily dramas baby. Full of shits. Yes there are few people will always be there for you probably for the sake of SYMPATHIC! You know what? We should grow older. Matured. By improving ourselves and at the same time helping people, guiding others to encourage yourself and the person that you've helped to keep on doing a good things. I am sorry if you didn't see me as your ass kisser to suck up in order to get attention or reward or acknowledge you name it. Because Im already in the centre of attraction baby. Whether you like it or not. Now I rest my case.

p/s If you think you were making all the dramas just to make me hate you, guess what? you win. I HATE YOU! and the most important thing that I'm sorry for your uneducated spoiled brat inside you.

Friday, August 19, 2011

19 Ramadhan

Apa itu Zina?

Persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya adalah orang yang mukallaf (akil baligh).

Jenis Zina

1. Zina Muhsan
2. Zina Bukan Muhsan

Zina Muhsan

Lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin).

Zina Bukan Muhsan

Lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin)

Hukuman bagi Orang yang Zina Muhsan

Sama ada lelaki atau perempuan, wajib dikenakan ke atas mereka hukuman rejam iaitu dibaling batu yang sederhana besarnya hingga mati.

Hukuman bagi Orang yang Zina Bukan Muhsan

Sama ada lelaki atau perempuan, wajib dikenakan ke atas mereka sebat 100 kali dan buang negeri selama 1 tahun.


Sekian. Bai.


Wednesday, August 03, 2011

Food Hunting Trip

Ida Mee Udang & Ida Mee Ketam @ Sg Dua
Pasemboq & Cakotiau @ Gurney Drive



Roti Canai Banjir Lauk Daging & Roti Canai Banjir Lauk Ayam @ Transfer Road


Roti Bakar + Telur Separuh Masak & Nasi Lemak @ Transfer Road











Rojak Buah & Sirap Selasih tepi jalan.


Nasi Kandar Line Clear


Nasi Kandar Beratur. Terbaikkk wokkkkk!!!


Roti Canai Banjir Lauk Daging & Roti Bakar @ Transfer Road (again)


Ni kat taman nama cina. tatau apa. Tapi mee goreng mmg mabeles! Mee rebus pun not bad


p/s maapla siarkan entry ni di bulan ramadhan. aritu tak sempatlah! sorry tak banyak menulis sebab tade idea lah.

Tuesday, August 02, 2011

Ramadhan tiba lagi

Selamat Menunaikan Ibadah

Puasa & Tarawikh